Tuesday 8 May 2012

Masjid Pertama Di Dalam Air

Kagum admin dengan terbinannya masjid di dalam air di Jeddah ni. Yelakan.. dari buat bangunan tinggi2 lebih baik buat masjid. Nampaknya umat Islam serta arkitek & jurutera semakin maju sekarang ni. Alhamdulillah.. Apa pandangan kamu semua golongan pemikir?

                                                                ni bukan masjidnya yee
Di Jeddah, Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berjaya membina sebuah masjid baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.... Ia dikatakan masjid pertama dibina di dalam air. Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang berisi pasir untuk dijadikan masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.
Sumber diperoleh Berita Harian
Ia dikatakan sebagai simbolik kepada semua manusia di dunia ini tidak kira yang muslim atau non-muslim iaitu solat wajib dilakukan walau di mana saja anda berada... Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu zohor dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zohor berjemaah - Agensi

p/s bila pula kita nak lahirkan cendiakawan hebat mcm di barat?

No comments:

Post a Comment