Tuesday, 22 May 2012

Barbossa Pirates Of Caribbean ISLAM?




Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem ‘Pirates of The Carribean’, tentu ingat karakter jahat ‘Barbarossa’? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan karakter seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat).

Kebiasaan para penulis fiksen Eropah dan Amerika yang selalu menyudutkan ini tiba masanya kita selesaikan sehingga di sini.

The Barbarosa Brothers

Pada abad ke-15 masehi, di Laut Mediteranean ada dua lanun laut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia ‘perlanunan’ dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.

Kebiasaannya ialah merompak barang-barang berharga yang diangkut oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediteranean.

Anak kapal yang dilanun biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.

Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?

Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin –gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah.

Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradikAruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua adik beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki.
Awal Gerakan Barbarosa

Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara ganas oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bungsu Aruj dan Khairuddin mati terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat terpukul dengan kematian adik bungsu mereka.

Sejak hari itu, mereka melakukan gerakan lanun laut kepada semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Gerakan mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian.

Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana keduanya berjanggut merah.

Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun laut.

Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau berisi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu’miniin, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.

Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri atas pasukan Gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, jutaan orang Islam dan Yahudi mati diserang pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.






Perjuangan Jihad Barbarosa

Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Bantu membantu bersama sekumpulan parajurit bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia danAljazair).

Kemudian mereka membina asas pertahanan laut di Aljazair untuk menghadang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.

Khalifah Islam pada masa itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kepahlawanan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada kepahlawanan mereka.

Memandangkan prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Angkatan Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memperkemaskan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang porak peranda.

Adu Domba Pihak Sepanyol

Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir kota Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj. Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Aljazair kepada Khairuddin untuk sementara.

Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj sangat pilu karana ia terpaksa berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim. Akibatnya ia kurang berkonsentrasi dan pasukannya kucar-kacir.

Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan ia gugur dalam pertempuran tersebut.

Dengan gugurnya Aruj, kepemimpinan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir.

Lalu, dengan percaya dirinya, Sepanyol mengirim 20.000 tenteranya ke Aljazair. Pertempuran hebat pun terjadi, namun Khairuddin berhasil mengalahkan pasukan laut tersebut.

Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary

Bagi mengurangkan ancaman dari negeri sekitar Aljazair, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kekuasaan Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I pun setuju.

Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Aljazair dan sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugasi memimpin pasukan pasukan elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.

Dalam masa kepemimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berhasil melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu bagai haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan Salibnya.

Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin terus Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat.

Pada masa yang sama , Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berhasil mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi pusing tujuh keliling.

Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Tutup Usia

Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang pada masa itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal.

Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah untuk kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.

Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana ia tidak ingin berperang di tengah lautan, mengingatkan kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.

Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Spanyol-Genoa kembali menyerang Aljazair dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim berlayar, untuk menghindari pertemuan dengan Pasukan Barbarossa.

Rakyat Aljazair di bawah komando Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Aljazair. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak mengira bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.

Ketika itu pula tiba-tiba taufan laut dahsyat menghentam Laut Mediteranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.

Tahun 1565, dalam usia senja, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul.

Berhampiran kuburnya didirikan masjid dan madrasah untuk mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih terawat untuk menjadi bukti kepahlawanan Khairuddin atau Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.

Persoalannya, mungkinkah sejarah barbarossa brother yang amat ditakuti oleh orang Eropah hingga sekarang itu akan kembali berulang.
sumber

2 comments: