Wednesday 4 May 2011

Mengkaji Rahsia AL-Quran Tentang UFO

Mengkaji Rahsia AL-Quran Tentang UFO

Salam kepada semua pembaca Tinta Pemikir (TP). Di harap anda semua sehat walafiat. Pada hujung minggu lalu,Pena Tinta Pemikir (PTP) dan juga keluarga menggunakan masa senggang yang terluang untuk berkunjung ke Pesta Buku di PWTC. PTP rasa sungguh bangga melihat tahap pengunjung yang berkunjung ke Pesta Buku tersebut. Sehingga ada ibu bapa yang sanggup membawa anak kecil! Yelakan,kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
              
Oklah,antara buku yang PTP beli adalah majalah keluaran terbaru AL-Islam keluaran Mei 2011. Begitu  menarik sekali tajuk yang cuba didiskusikan, Apa Kaitan Al-Quran,UFO dan Bencana Di Jepun. Jadi,rasanya tak rugi kalau PTP beri sedikit ulasan tentang  topic ini untuk kita berta’qil dan bertaddabur buat pengetahuan am kita. So,dapat lah jugak otak ni “vitamin” berfikir perkara yang mencabar minda kita. Setuju tak?

              
Tanggal 7 Ogos 1996 pihak NASA telah membuat pengumuman akan kehidupan di Planet Marikh. Ada yang teruja dan tidak kurang juga yang menyangkal dakwaan tersebut. Tetapi, bagi umat Islam perkara itu tidak begitu pelik kerana kitab teragung Al-Quran dalam surah AR-Rahman ada menyebut tentang penghuni di langit dan di bumi :

“Sekalian makhluk yang berada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadanNYA. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mentadbir dan 
menciptakan makhluknya)” – (Surah Ar-Rahman)


           Kemudian, ada pulak persoalan yang berlegar di minda kita,adakah ia UFO? Persoalan mistis ini cuba di jawab oleh Ahmad Jamaluddin, Pengkaji UFO Malaysia. Beliau mengulas dengan membuat tafsiran bahawa makhluk asing adalah di kalangan Jin berdasarkan pemerhatian dari segi :

JENIS MAKHLUK / JENIS PERSAMAAN
JIN
MAKHLUK ASING
Gender
Lelaki & Perempuan
Lelaki & Perempuan
Teknologi
Ada teknologi tinggi & Boleh terbang
Ada teknologi tinggi & Boleh terbang
Spesies
Banyak Spesies
Banyak Spesies
              
Kemudian,ada pulak persoalan yang berlegar di  minda kita,adakah ia UFO? Persoalan mistis ini cuba di jawab oleh Ahmad Jamaluddin, Pengkaji UFO Malaysia. Beliau mengulas dengan membuat tafsiran bahawa makhluk asing adalah di kalangan Jin berdasarkan pemerhatian dari segi :
              
Sabda Rasulullah : “Jin ada 3 golongan. Ada jin yang mempuntyai sayap dan boleh terbang di udara. Ada yang bertempat di tubuh ular dan anjing dan ada jenis yang bebas dan berkeliaran.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Hakim, Tabrani dan Al-Baihaqiy)

AL-Quran : “Dan sesungguhnya  kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.” (Surah Al-Jinnayat ayat 8)
              
Walaubagaimanapun sejak kelahiran Rasulullah jin tidak boleh mencuri maklumat dari langit. Buktinya :
              
AL-Quran : “Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya) maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya”  (Surah Al-Jin ayat 9)

               Mengulas lanjut beliau mengatakn ayat itu menunjukkan bahawa jin dan makhluk asing atau UFO ada persamannya. Kesimpulannya, UFO atau makhluk asing adalah jin. Katannya, di dalam Al-Quran juga terdapat dua ayat yang menunjukkan makhluk asing adalah jin. Antarannya adalah :
                             
AL-Quran : “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata, dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan semuannya apabila Ia kehendakinnya (melakukannya)”  (Surah Asy-Syura ayat 29)
              
               Maka, terang lagi bersuluh bahawa makhluk asing atau UFO mempunyai persamaan yang sama dengan jin. Bukti kukuh dari Al-Quran sudah dibentang, hanya anda yang berhak memikirkan kepastiannya! Di mana tempat tinggal Jin yang dikatakan UFO? Nantikan episod Mengkaji Rahsia Al-Quran Tentang UFO 2!

Tuesday 3 May 2011

Kata Permulaan Tinta Pemikir 3

Sains & Islam. “Ruginya Umat Islam”

Senjakala, setelah PenaTintaPemikir (PTP)  menelliti buku-buku karya Adnan Oktar berkaitan Teori Evolusi Darwin terkesima saya seketika apabila melihatkan betapa dengkelnya akal ‘manusia monyet’ menyamakan manusia dengan binatang. Tidak pernah terfikirkah mereka cara hidup haiwan dan  manusia jauh berbeza. Oh ya! Lupa pula ketika Darwin membuat analisis dan teori-teori tak masuk akal beliau adalah pada tahun 1871 Masihi jauh dari teknologi manusia moden, mungkin hanya berdasarkan pemerhatian lalu membuat kesimpulan dari ilmu yang hanya setitis air di lautan. Tak mengapalah, jika keadaan Darwin begitu janganlah kita salahkan beliau 100%.
              
PTP mahu kamu semua berfikir sejenak. Khusus untuk oranng yang beragama Islam yang mempunyai kitab teragung AL-Quran dan ditambah dengan pengangan AL-Sunnah Rasulullah S.A.W. Kita tahu bahawa Allah adalah pencipta yang maha agung. Pencipta segala yang ada diantara langit dan bumi meliputi cakerawala bintang. Kemudian,Allah menurunkan kitab AL-Quran kepada hambaNYA untuk diijadikan pedoman dan pembimbing. DIA jugalah yang mencipta haiwan sekalipun haiwan perosak yang tentunnya ada mehnah dan tribiulasinya yang tersendiri. Tetapi pernah kita terfikir di sebalik kejadian Sang  Pencipta?
              
PTP tidak berniat menyalahlahkan Umat Islam terdahulu kerana mereka telah membentangkan satu idea yang begitu dramatik dan hasilnya boleh di guna pakai secara lestari sehingga kini. PTP mengambil contoh karya Ibnu Sina- Al-Qanun Fil Tib yang menjadi rujukan barat sehingga kini. Kemudian, pengkajian cakerawala bintang De Scientia Stellanum karya Al-Battani yang turut menjadi rujukan saintis NASA dan pengkaji bintang di seluruh dunia. PTP ingin membangkitkan satu soalan. Adakah pada zaman Al-Batanni sudah ada pengambaraan ke angkasa? Bagaimana penciptaan teleskop di lakukan? Bagaimana pula mereka tahu di luar bumi ada planet dan cakerawala yang berbagai? Jawapannya..  Berbalik kepada kitab Al-Quran di dalam surah. :

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.”     
(Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia    menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya.” (Surah al-Furqan: 61)

Allah telah mengistilahkan firman-Nya dalam al-Quran sebagai ´ayat´, yang  bermakna ´tanda´. Allah juga telah menyifatkan penciptaan langit dan bumi serta perbezaan malam dan siang sebagai ´ayat´. Ini menunjukkan bahawa tanda Allah bukan sahaja ada dalam kitab al-Quran tetapi tanda-tanda-Nya juga terpapar di alam semesta. Sesungguhnya Islam menganggap alam tercipta ini sebagai kitab untuk dicerap dan al-Quran sebagai kitab untuk dibaca kerana kedua-dua mengandungi ´ayat-ayat´ Allah bagi manusia mengetahui, memahami serta tunduk kepada kekuatan dan kebesaran-Nya.

Dalam Islam sains yang dipelajari mesti berlandaskan ilmu tauhid. Ini bertujuan supaya dengan mempelajari sains ia boleh mendekatkan kita dengan Pencipta. Mengambil contoh kata-kata Syed Hosith Nasr, Zianudin Sardar dan Perves Mansor antara sarjana Islam yang menyatakan bahawa Sains Moden kini tidak boleh diguna pakai oleh umat Islam. Sebagai orang Islam,kita seharusnya mengembangkan Sains Islam itu sendiri. Tetapi,PTP berpendapat bahawa Sains Moden yang membawa kepada kebaikan seperti ubat-ubatan moden zaman kini boleh diguna pakai. Teknologi moden seperti rangkaian jalur lebat boleh diguna pakai sekalipun terdapat kebburukannya. Pendek kata,kita sebagai orang islam boleh mengambil Sains Moden tetapi perlu menggunakannya dengan betul untuk manfaat kehidupan sejagat. Jika tidak kita lihat bagaimana teknologi moden barat seperti nuclear telah menimbulkan banyak bencana kepda dunia. Kesan radiasi di Jepun akibat gempa bumi tempoh hari sehingga kini belum terhapus,radiasi di Chenoble,Russia sehingga kini reactor nukleranya hanya boleh ditutup dengan batu-batan yang belum sempurna. Nuklear juga telah membuatkan ramai manusia terkorban seperti peristiwa Hiroshima dan Nagasaki. Jika kita berlandaskan syariat dan tuntutan agama sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.
              
Dalam Al-Quran Allah telah banyak mengajar kita cara-cara untuk mengaplikasikan dan mencipta sesuatu agar kita boleh memanfaatkannya. Dalam membincangkan bentuk hubungan komplimentari itu, kita boleh melihat ayat Al-Quran seperti :
                             
Dan Allah telah menciptakan semua haiwan daripada air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan atas perutnya, ada yang berjalan dengan dua kaki, sedangkan sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki.. (Surah Al-Nur : Ayat 45)
              
Ayat diatas hanyalah salah-satu contoh yang menunjukkan bahawa tiada percanggahan antara Al-Quran dan Sains. Jika kita mengkaji dan memahami Al-Quran dengan tafakkur (berfikir secara mendalam), tadabbur (merenung) dan tafqih (memahami) PTP sangat yakin kita mampu menghasilkan penemuan sains yang mengagumkan. Benarlah kata Syed Naquib Al-Attas – Bahan yang dibaca tidak akan menjadi ilmu selagi maksudnya tidak di fahami.
              
Akhir tinta, selepas ini nantikan episod Sains dan Islam yang akan menarik anda ke dalam belantara sains dan merenung kehebatan Al-Quran yang membolehkan anda semua mencipta sesuatu yang baharu dari penciptaan haiwan-haiwan oleh ALLAH S.W.T ! SUBHANALLAH!

Kata Permulaan Tinta Pemikir 2

Malapetaka & Penipuan Teori Darwin

Untuk pengetahuan sekalian pembaca InsyaAllah PenaTintaPemikir (PTP) akan menyediakan satu topik khusus untuk kalian semua. Di samping itu juga para pembaca boleh juga terus membaca tulisan-tulisan selingan dari PTP.
           
Tujuan utama sebuah topik khusus disediakan untuk tajuk Malapetaka & Penipuan Teori Darwin adalah kerana teori ini mengandungi asas bagi bagi semua aliran falsafah yang berunsurkan anti-agama. Selain itu, teori evolusi yang dicetuskan oleh Darwin ini telah membawa kepada dunia satu bentuk konspirasi dan tindakan kiasu yang dilarang oleh agama. Sejak darwinisme menolak konsep penciptaan dan sekaligus menafikan kewujudan Allah sejak 140 Tahun yang  lalu ia telah membawa manusia kesatu alam dilemma yang berbetuk keraguan dan seolah-seolah terperangkap dengan kekeliruan teori evolusi ini.
           
Dengan itu demi membuktikan bahawa teori ini merupakan satu penipuan yang besar saya telah mengambil rujukan dari buku Adnan Oktar seorang hamba Allah yang kuat menyangkal Teori Penciptaan Darwin ini. Adalah satu keperluan untuk mendedahkan satu tugas penting ini kepada setiap orang.
           
Diharapkan, para pembaca Tinta Pemikir akan mendapat satu kepastian yang nyata dan kekeliruan yang kian terpancar di cermin akal segera kabur dan hilang. Nantikan episod Malepetaka & Penipuan Teori Darwin!

Menguap Penyakit Sclerosis?


Menguap adalah suatu kejadian lumrah dalam kehidupan manusia. Malah, ada sesuatu yang misteri tentang menguap ini dikatakan boleh berjangkit. Benarkah? Secara amnya menguap dikatakan akibat rasa yang mengantuk dan bosan. Tetapi, saintis menyatakan bahawa tindakan luar kawalan tubuh badan yang kekurangan oksigen dalam darah.

Ini boleh dibuktikan secara teknikal, reaksi membuka mulut disusuli sedutan oksigen yang mendalam dan hembusan yang kuat. Saintis beranggapan bahawa menguap adalah dipacu oleh kelesuan atau kebosanan. Pada saat itu, pernafasan adalah singkat dan sedikit oksigen diambil daripada paru-paru untuk system penambah pembuluh jantung.

Reaksi ini turut dikatakan akan meningkatkan tahap kewaspadaan seseorang. Ini disebabkan oleh oksigen yang diambil secara tiba-tiba meningkatkan degupan jantung,mengerakkan paru-paru, dan memaksa oksigen melalui saluran darah di otak. Proses ini memulihkan pernafasan dan pengudaraan paru-paru kepada normal.

Segala teori di atas jika dilihat dari sudut biologi di lihat munasabah. Tetapi saintis juga tidak dapat menguraikan beberapa misteri yang belum terungkai :

1.      Perkaitan menguap boleh berjangkit.
2.      Mengapa menguap kerap berlaku keatas pesakit pangkal otak atau pesakit   sclerosis?
3.      Janin yang menguap di dalam rahim.

Jika para pembaca berfikir,bolehkah janin di dalam janin boleh  menguap? Padahal paru-paru tidak mengambil oksigen selagi belum terungkai. Tetapi kejadian inilah dikatakan berlaku.
Rumusannya, setiap kejadian mempunyai mehnah dan tribulasinya sendiri. Sunhanallah! Berfikirlah wahai sekalian manusia!

Monday 2 May 2011

Kata Permulaan Tinta Pemikir


Bismillahirahmannirrahim..

Asslamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

               Salam Perkenalan dan Salam Tinta bersama ukhwah yang baru terjalin dengan izin Allah S.W.T. Buat pertama kali cuba menulis di alam maya tanpa sempadan ini, teruja rasanya tetapi sedikit berbaur kebimbangan. Rasanya menulis di alam maya yang tentunya dibaca oleh sekalian manusia yang tidak saya kenali perlulah saya mengarapnya dengan berhati-hati. Justeru, pandangan positif mahupun kritkan negatif yang membina harapnya daripada sekalian pembaca Tinta Pemikir dapat menambahbaiki lagi garapan serta nukilan PenaTintaPemikir  hendaknya. Limpahan kurnia dan hidayah daripada Allah sering ku tagih buat menyusuri laluan penulisan alam maya yang lebih mencabar.

Kemungkinan ada yang mengenali siapa penggarap Tinta Pemikir (PenaTintaPemikir) tetapi rasanya kebanyakkannya tidak mengenainya.  Saya adalah hamba Allah yang selama ini banyak menulis artikel-artikel yang lebih kepada genre ringan iaitu lebih kepada pendapat peribadi, kritikan dan juga cadangan yang skeptikal. Keinginan untuk menulis blog atau memaparkan artikel-artikel saya ini sudah lama timbul cuma kekangan masa yang menjadi peghalangnya. Tambahan pula, Alhamdulillah saya memang minat membaca dan agak rugi rasanya jika saya tidak berkongsi pengetahuan kepada pembaca Tinta Pemikir sekalian. Justeru apabila ada yang meminta supaya saya memarkannya secara ‘official’ untuk dijadikan tatapan umum, saya tidak keberatan kerana selain mengisi masa-masa yang senggang boleh juga saya menilai tahap elemen seperti kreativiti, imiginasi, teoritikal, intelektual, estetika dalam penulisan saya. Oleh yang demikian, saya meminta jasa baik para pembaca Tinta Pemikir menghantar maklum balas terhadap sebarang penulisan saya di Tinta Pemikir ini di ruangan komen.

Untuk pengetahuan semua pembaca Tinta Pemikir, artikel-artikel yang disiarkan di dalam Blog Tinta Pemikir akan meliputi semua genre dan ini adalah hasil garapan saya daripada bacaan-bacaan umum, topik-topik perbincanagan masyarakat di sekiling saya serta pengalaman kehidupan saya. Seperti kata Mahatma Gandhi “..seseorang itu tidak wajar menulis seseuatu yang bukan dari pengalamannya..”

Akhir kalam, saya harap semua pembaca Tinta Pemikir mendoakan saya agar saya menjadi seperti manusia yang sering ta’qil ( berfikir), tadhakkur (mengingat), tafakkur (berfikir secara mendalam), tadabbur (merenung), dan tafqih (memahami). InsyaAllah!

Sesungguhnya semua yang baik datangnya dari Allah dan sebaliknya kekhilafan datangnya dari manusia.

Pengetahuan datangnya dari membaca & Penulisan lahirnya dari kebijaksanaan menggarap dari membaca - PenaTintaPemikir