Tuesday 8 May 2012

Buah Tunjuk Langit? SubhanaAllah!

Buha tunjuk langit? Mesti pemikir semua agak artikel ini tentang sebiji buah yang tunjuk ke langit? hehe. Sebenarnya, nam abuah ini adalah sky fruit ataupun dalam bahasa melayunya Buah Tunjuk Langit.

  Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) telah mendapat perhatian dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi dijalankan telah menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperoleh daripada Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) tersebut.



  Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) atau Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.

 Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) mempunyai keistimewaan yang sukar diperoleh dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini mengandungi kandungan tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.

  Di samping itu, Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

 

  Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga dikenali dengan nama saintifik Swietenia Macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras. Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit) juga digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

 Antara khasiat buah ini adalah  mengandungi Flavonoids merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan. Saponins mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah.

So, bagi sesiapa yang nak sihat dan kurus / tak nak ada lemak bkn setakat diluar tp didalam.. disarankan pergilah cari buah ni cepat-cepat di pasaran!

Rujukan: www.tunjuklangit.net dan Dr Rozmey

No comments:

Post a Comment