Tuesday 22 May 2012

25 Objektif Illuminati

Perhati dan cermati setiap perkara yang telah di sediakan oleh Adam Weishaupt yang kini terserlah dalam dunia semasa. Semua ini telah digariskan dengan jelas dan sedang memasuki tahap penghujung. Teori konspirasi yang selama ini dianggap remeh oleh sesetengah orang dan disindir sebagai sebuah andaian semata telah mula menunjukkan wajahnya. Malangnya masih ada lagi manusia yang memandang sinis dan tidak memperdulikannya.

Tiada satu pun diantara agenda ini berlawanan dengan apa yang sebenarnya berlaku di hadapan mata sekarang. Teliti peristiwa Afghanistan, Iraq dan kini Libya. Selepas ini Syria dan Lubnan.  Semuanya telah berada dalam skrip yang disusun kemas. Pelaksananya (USA melalui CIA, PBB dan NATO) telah melakukan tugas dengan cemerlang.

Beberapa keadaan kelihatan masih kabur, namun sudah ada tanda-tanda akan muncul sedikit hari lagi. Selama ini mereka berselindung dan menyembunyilan semua rahsia ini dengan ketat sehingga ramai menjadi mangsa tetapi setelah hampir mencapai kekuatan ketenteraan yang diharapkan, mereka mula menunjukkan diri secara perlahan-lahan.

25 agenda ini amat hampir menyerupai Protokol Zionis yang telah tersebar suatu masa lalu. Ini menunjukkan Illuminati adalah agen Zionis yang paling utama dalam merealisasikan cita-cita Zionis Sedunia menguasai planet bumi melalui sebuah negara baru iaitu Israel Raya. USA hanya sebagai satu ejen atau boneka mereka dalam usaha membuka ruang supaya Iraq, Syria, Lubnan, Jordan dan Mesir dapat ditelan dengan mudah oleh Zionis..

Jelas sekali mereka akan menjadikan semua penduduk dunia sebagai hamba (slave) termasuk rakyat Amerika yang banyak berkorban untuk mereka dan dilarang sama sekali mengingkari segala apa yang mereka tetapkan. Satu dunia takut kepada Amerika Syarikat, anihnya Amerika pula takut kepada Israel.. (???)  Kenapa terjadi begini? Segalanya di bawah seliaan Illuminati yang merupakan kerajaan sebenar dunia - secara rahsia. Segala-galanya di bawah kuasa mereka yang diperolehi melalui sistem dusta yang paling kejam. Memang sukar dipercayai.

Zionislah yang menubuhkan Illuminati dan Zionis akan memertabatkan dirinya sebagai pemimpin dunia yang baru dalam masa terdekat setelah USA lumpuh. Tidak diragui lagi USA (telah dapat dilihat) sebagai alat mereka semata-mata walaupun kelibatnya kelihatan amat berkuasa. Obama atau sesiapa sahaja yang menjadi Presiden USA hanyalah bidak catur  untuk mencapai matlamat mereka.

Mungkinkah akan ada lagi para bijak pandai kita yang akan membuat ulasan itu dan ini, mengemukan andaian serta pandangan dengan penuh semangat bila sesaorang Presiden baru USA dilantik nanti?  Tak ubah sebagai ahli lawak dengan komidinya. Semuanya tertipu dan kini tersipu malu bila Obama bertukar watak dari seorang negarawan hebat kepada penjenayah yang zalim.

Bagaimana nasib kita? Apa daya kita? Adakah kita juga akan menjadi hamba mereka nanti? Tidak syak lagi, terutama apabila sistem perbankan USA hancur lebur dan nilai US Dollar luput bagaikan daun kering berguguran dan hanya layak dijadikan kertas pencuci tandas.

Harga minyak akan melambung tanpa had ketika nilai dollar menjunam. Harga makanan juga ikut melambung kerana semuanya masih bersandarkan dollar. Bermulalah era baru ekonomi dunia, wang kertas terpaksa dihapuskan dan setiap orang akan diwajibkan menggunakan kad kredit menggantikan wang kertas. Setiap orang diwajibkan membayar khidmat bank baru yang bakal muncul di Jurusalem diterajui keluarga Rosthschild.

FITNAH apakah ini jika bukan fitnah Dajjal Laknatullah? Fitnahnya mendahului kehadirannya.

Penyebaran riba menjadi satu kemestian jika perlukan makanan, keperluan atau kemudahan. Hidup manusia menjadi amat getir. Selepas itu Dajjal akan menzahirkan diri dan bertindak sebagai "penyelamat". Inilah fitnah terakhir sebelum Imam Mahadi dibaiat di sisi Kaabah.

Sebelum peristiwa kemunculan penyelamat palsu ini, satu peperangan besar diaturkan antara kuasa-kuasa besar dunia. Matlamatnya ialah mengurangkan jumlah penduduk dunia bersesuaian dengan kuantiti bahan makanan yang ada. Semua bahan mentah termasuk makanan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah dunia yang baru, Yahudi Zionis dan lintah darat yang bekerja untuk mereka.

Sebelum Dajjal muncul, kita sudah hilang upaya. Bagaimana nanti bila Dajjal muncul? Mampukah kita bertahan? Sanggupkah kita mendengar rengekan anak kecil yang kebuluran?

Kemanakah kita akan lari? Sanggupkah menderita kelaparan dan dahaga? Menderita dihina dan disiksa? Lihatlah suasana di Iraq dan Pelestin hidup dalam huru hara dan ketakutan malah akan menjadi lebih buruk lagi nanti apabila Kerajaan Satu Dunia muncul..

Tidak penting lagi apa yang mereka mahu lakukan. Sudah tidak penting mengkaji teori konspirasi kerana ia sudah berubah menjadi nyata dan bukan rahsia atau teori lagi. Segalanya sudah terlambat jika kita masih berfikir atau berangan-angan hendak menghalang gerakan ini, apalagi melawannya. Segalanya sudah mencapai tahap mustahil.

Tiada pilihan bagi kita sekarang. Bersedialah dan usahakan perhitungan terakhir. Aturkan langkah kita menghadapi kemungkinan yang bakal menjelma. Jangan biarkan diri dan keluarga kita terjerat dalam sangkar iblis dan syaitan yang bersekongkol dengan manusia durjana ini. Tanya diri sendiri, mampukah kita? Kalau ditakdirkan mati, biarlah syahid mempertahankan iman dari mati sebagai anjing peliharaan musuh Allah.

Genggamlah syahadah sekuat upaya walaupun menderita umpama mengenggam bara api. Gigitlah syahadah dengan gigi geraham, jika tidak kita akan tergolong di kalangan manusia yang rugi. Kita akan ditempatkan di neraka bersama Yakjuj dan Makjuj. Nauzubillahi Min Zalik.




Berikut adalah daftar 25 prinsip / tujuan Illuminati yang telah Adam Weishaupt tetapkan selepas Rothschild mula membiayai konspirasi Illuminati.

Ia telah pun berjalan sejak ratusan tahun yang lalu, dan kini tiba di kemuncaknya dan sedang diteraju oleh kuda tunggangan mereka, British-Amerika dan keluarganya di seluruh dunia.  Memacu mengikut susunan langkah demi langkah, melaksanakan konspirasi sepertimana yang diatur oleh Illuminati.

25 agenda ini merupan satu manual yang pada dasarnya memperlihatkan rancangan jangka panjang, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.



 LIHAT SETIAP LANGKAH INI, BUKANKAH UMPAMA FITNAH DAJJAL SEPERTI YANG TELAH RASULULLAH SAW KHABARKAN? ADAKAH ANDA MASIH RAGU?

25 Objektif Illuminati


1. Aturkan semua manusia supaya lebih cenderung dan senang ke arah kejahatan berbanding kebaikan.

2. Anjurkan gerakan Liberalisme (hancurkan keagamaan)

3. Gunakan idea "kebebasan" untuk mewujudkan pertentangan atau krisis antara kelas dalam masyarakat

4. Gunakan segala cara untuk mencapai Tujuan Illuminati seperti yang telah ditetapkan.

5. Perolehi/dapatkan "Hak" untuk "BERDUSTA" ke atas setiap peristiwa yang berlaku.

6. Kekuatan sumber dan keupayaan harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh kekuatan yang tidak boleh lagi di permainkan atau  dimusnahkan.

7.Galakkan masyarakat supaya cenderung untuk merusuh (secara psikologi) sebagai satu cara menguasai mereka.

8. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.

9. Berusaha memiliki kekayaan, harta atau aset dengan apa cara jua pun

10. Gunakan slogan-slogan hebat seperti hak asasi, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan / tuntutan rakyat jelata dalam peperangan psikologi

11. Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan bakal mengalami masalah hutang yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing

12. Setiap ahli perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan "calon" yang dipilih dan tempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka (ahli) dan gunakan mereka (calon) sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat harus dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.

13. Mengawal akhbar atau media.

14. Agen akan muncul ke hadapan selepas mencetuskan kacau bilau dan berindak pula dengan lagak sebagai penyelamat orang awam.

15. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan / kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan gunakan keadaan ini sebagai alat untuk menguasai orang ramai atau para perusuh dan kemudian gunakan perusuh ini untuk menghapuskan semua penghalang.

16. Menyusup ke dalam pertubuhan rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.

17. Kendalikan penipuan secara sistematik, dengan menggunakan "slogan" secara lantang dan ungkapkan janji manis kepada masyarakat bahawa mereka bakal nikmati kebebasan dan hidup mewah walaupun semua itu adalah palsu

18. Rancang dengan teliti untuk sesuatu resolusi, bincangkan halacara pertempuran di jalanan, aturkan mana-mana yang perlu untuk mempercepat kejayaan menguasai penduduk.

19. Gunakan agen sebagai pemberi maklumat atau nasihat di belakang tabir selepas berlaku perang atau huru hara dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.

20. Bangunkan monopoli berskala gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia .

21. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.

22. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.

23. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh pengarah.kita.

24. Menyusup ke semua kelas dan lapisan masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, memperkotak-katikkan dan rosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.

25. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.source



Kehancuran


Segalanya sudah jelas bukan? Walau apa sahaja keadaan pastinya tidak akan terkeluar dari apa yang telah digariskan dalam agenda berkenaan. Bagaimanakah para pemimpin dunia akan menghadapinya tentu bakal menjadi satu perbincangan yang cukup menarik. Benarkah pemimpin negara-negara maju selain kumpulan NATO terutamanya China dan Russia tidak tahu permainan ini?

Amat Mustahil mereka langsung tidak dapat menelahnya memandangkan semuanya telah semakin jelas sekarang. Mereka juga mempunyai perisik yang handal untuk mengintai perancangan musuh. Apa sebenarnya yang berlaku? Sepertimana yang kelihatan, mereka semuanya berpura-pura seperti tidak tahu sambil mengawal sebaik mungkin kepentingan sendiri. Kenapa? Mereka juga tahu bahawa mereka juga di bawah cengkaman gergasi ghaib ini.

Wayang besar ini menuju pengakhiran yang sangat menakutkan bila mana senjata nuklear mula dilancarkan. Dua Pertiga penduduk bumi akan menjadi korban.  Semua hasil bumi (bahan mentah) menjadi milik mereka sepenuhnya, itu sememangnya telah dirancang.

Seluruh dunia dihasut supaya bersengketa dan membawa api peperangan. Memacu huru-hara secara menyeluruh di segenap benua  sementara penulis skrip hanya memerhatikan sahaja dengan penuh minat. Segalanya binasa kecuali Israel Raya.


Sumber dari http://akhzaman.blogspot.com

No comments:

Post a Comment