Tuesday 3 May 2011

Kata Permulaan Tinta Pemikir 3

Sains & Islam. “Ruginya Umat Islam”

Senjakala, setelah PenaTintaPemikir (PTP)  menelliti buku-buku karya Adnan Oktar berkaitan Teori Evolusi Darwin terkesima saya seketika apabila melihatkan betapa dengkelnya akal ‘manusia monyet’ menyamakan manusia dengan binatang. Tidak pernah terfikirkah mereka cara hidup haiwan dan  manusia jauh berbeza. Oh ya! Lupa pula ketika Darwin membuat analisis dan teori-teori tak masuk akal beliau adalah pada tahun 1871 Masihi jauh dari teknologi manusia moden, mungkin hanya berdasarkan pemerhatian lalu membuat kesimpulan dari ilmu yang hanya setitis air di lautan. Tak mengapalah, jika keadaan Darwin begitu janganlah kita salahkan beliau 100%.
              
PTP mahu kamu semua berfikir sejenak. Khusus untuk oranng yang beragama Islam yang mempunyai kitab teragung AL-Quran dan ditambah dengan pengangan AL-Sunnah Rasulullah S.A.W. Kita tahu bahawa Allah adalah pencipta yang maha agung. Pencipta segala yang ada diantara langit dan bumi meliputi cakerawala bintang. Kemudian,Allah menurunkan kitab AL-Quran kepada hambaNYA untuk diijadikan pedoman dan pembimbing. DIA jugalah yang mencipta haiwan sekalipun haiwan perosak yang tentunnya ada mehnah dan tribiulasinya yang tersendiri. Tetapi pernah kita terfikir di sebalik kejadian Sang  Pencipta?
              
PTP tidak berniat menyalahlahkan Umat Islam terdahulu kerana mereka telah membentangkan satu idea yang begitu dramatik dan hasilnya boleh di guna pakai secara lestari sehingga kini. PTP mengambil contoh karya Ibnu Sina- Al-Qanun Fil Tib yang menjadi rujukan barat sehingga kini. Kemudian, pengkajian cakerawala bintang De Scientia Stellanum karya Al-Battani yang turut menjadi rujukan saintis NASA dan pengkaji bintang di seluruh dunia. PTP ingin membangkitkan satu soalan. Adakah pada zaman Al-Batanni sudah ada pengambaraan ke angkasa? Bagaimana penciptaan teleskop di lakukan? Bagaimana pula mereka tahu di luar bumi ada planet dan cakerawala yang berbagai? Jawapannya..  Berbalik kepada kitab Al-Quran di dalam surah. :

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.”     
(Surah al-Anbiya: 33)

“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)

“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia    menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya.” (Surah al-Furqan: 61)

Allah telah mengistilahkan firman-Nya dalam al-Quran sebagai ´ayat´, yang  bermakna ´tanda´. Allah juga telah menyifatkan penciptaan langit dan bumi serta perbezaan malam dan siang sebagai ´ayat´. Ini menunjukkan bahawa tanda Allah bukan sahaja ada dalam kitab al-Quran tetapi tanda-tanda-Nya juga terpapar di alam semesta. Sesungguhnya Islam menganggap alam tercipta ini sebagai kitab untuk dicerap dan al-Quran sebagai kitab untuk dibaca kerana kedua-dua mengandungi ´ayat-ayat´ Allah bagi manusia mengetahui, memahami serta tunduk kepada kekuatan dan kebesaran-Nya.

Dalam Islam sains yang dipelajari mesti berlandaskan ilmu tauhid. Ini bertujuan supaya dengan mempelajari sains ia boleh mendekatkan kita dengan Pencipta. Mengambil contoh kata-kata Syed Hosith Nasr, Zianudin Sardar dan Perves Mansor antara sarjana Islam yang menyatakan bahawa Sains Moden kini tidak boleh diguna pakai oleh umat Islam. Sebagai orang Islam,kita seharusnya mengembangkan Sains Islam itu sendiri. Tetapi,PTP berpendapat bahawa Sains Moden yang membawa kepada kebaikan seperti ubat-ubatan moden zaman kini boleh diguna pakai. Teknologi moden seperti rangkaian jalur lebat boleh diguna pakai sekalipun terdapat kebburukannya. Pendek kata,kita sebagai orang islam boleh mengambil Sains Moden tetapi perlu menggunakannya dengan betul untuk manfaat kehidupan sejagat. Jika tidak kita lihat bagaimana teknologi moden barat seperti nuclear telah menimbulkan banyak bencana kepda dunia. Kesan radiasi di Jepun akibat gempa bumi tempoh hari sehingga kini belum terhapus,radiasi di Chenoble,Russia sehingga kini reactor nukleranya hanya boleh ditutup dengan batu-batan yang belum sempurna. Nuklear juga telah membuatkan ramai manusia terkorban seperti peristiwa Hiroshima dan Nagasaki. Jika kita berlandaskan syariat dan tuntutan agama sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.
              
Dalam Al-Quran Allah telah banyak mengajar kita cara-cara untuk mengaplikasikan dan mencipta sesuatu agar kita boleh memanfaatkannya. Dalam membincangkan bentuk hubungan komplimentari itu, kita boleh melihat ayat Al-Quran seperti :
                             
Dan Allah telah menciptakan semua haiwan daripada air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan atas perutnya, ada yang berjalan dengan dua kaki, sedangkan sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki.. (Surah Al-Nur : Ayat 45)
              
Ayat diatas hanyalah salah-satu contoh yang menunjukkan bahawa tiada percanggahan antara Al-Quran dan Sains. Jika kita mengkaji dan memahami Al-Quran dengan tafakkur (berfikir secara mendalam), tadabbur (merenung) dan tafqih (memahami) PTP sangat yakin kita mampu menghasilkan penemuan sains yang mengagumkan. Benarlah kata Syed Naquib Al-Attas – Bahan yang dibaca tidak akan menjadi ilmu selagi maksudnya tidak di fahami.
              
Akhir tinta, selepas ini nantikan episod Sains dan Islam yang akan menarik anda ke dalam belantara sains dan merenung kehebatan Al-Quran yang membolehkan anda semua mencipta sesuatu yang baharu dari penciptaan haiwan-haiwan oleh ALLAH S.W.T ! SUBHANALLAH!

No comments:

Post a Comment